Assalamualaikum wbt.
Cuaca baik hari ini - tidak terlalu panas, akan mengakhiri bulan Ramadan. Adakah ibadah kita diterima olehNya ? Itu urusan Allah swt. Namun saya rasa puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, walaupun saya terpaksa di'drip' kerana kekurangan air dalam badan. Sepuluh malam-malam terakhir saya cuba menafaatkan sebaik mungkin.
Petang nanti anak bulan akan diteropong. Ketentuan raya dibuat secara hisap dan rukyah. Negara kita sentiasa berawan tebal, bulan sukar kelihatan walaupun ada. Maka esok pasti raya.
Raya tahun ini ahli keluaraga saya bertambah seorang (menantu perempuan - Nor Awalin, isteri kepada Mohd Arifudin)
Seperti biasa persiapan menjelang raya dibuat. Malah tahun ini lebih seronok sebab saya sudah bersara sejak awal bulan Mac yang lalu. jadi tidak ada masalah mengemas rumah.
![]() | ||
| Mohd Arifudin telah memilik kereta sendiri. Raya nanti tentu lebih seronok baginya selain menanti kelahiran anak sulungnya. |
![]() | ||
| Dua kali saya berbuka puasa di hotel (KL) kerana mesyuarat. Saya makan sikit je.. Akibatnya saya muntah keesokkan harinya dan terpaksa kena drip | . |
![]() | |
| Landskap sudah diubahsuai begitu jugan dengan 'gate' rumah. |
![]() | |
| Kolam ikan sudah dicuci dan ikan pun sudah ditambah. Amaran kepada cucu-cucu: Jangan masuk dalam kolam ini macam tahun-tahun lepas. Siapa masuk....tolak duit raya ! |
![]() | |
| Daging ayam, daging lembu (daging rusa tak sempat beli) sudah siap untuk dimasak. |
![]() | |
| Raya...raya juga. Akhir bulan nanti Hari Kebangsaan. Bendera dipasang tanda kesetiaan kepada negara. |
----------------------------------------







Catatan di atas (ESOK HARI RAYA) saya buat pada hari Sabtu. Tetapi bila diterbitkan ia tercatat sebagai hari Jumaat. Saya sedang mencari di mana masalahnya.
BalasPadam